Wednesday, December 1, 2010

MUQADDIMAH


    Hijrah Selawat adalah sebuah syarikat yang berdaftar secara sah di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (IP0325182-H). Matlamat utama kami adalah untuk mencari keredhaan Allah melalui jalan kebajikan. 

    Daripada an-Nawwaas bin Sam’aan r.a, daripada Nabi saw. baginda telah bersabda ; “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya. [Hadis riwayat Imam Muslim]

    Masyarakat kini semakin hanyut dengan arus kemodenan dan fahaman budaya barat. Cara hidup Islam, sunnah Rasul semakin terpinggir dari hati umat kita pada hari ini. Berbagai cabaran yang sedang melanda masyarakat kita. Tanpa usaha pembendungan, umat Islam akan terus disesatkan oleh fenomena akhir zaman ini.

    Atas kesedaran ini, Hijrah Selawat bekerjasama dengan  Biro Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Silat Hijrah Malaysia untuk mengukuhkan Akidah dan Tauhid anak-anak bangsa kita.



MISI KAMI
  • Menyumbang ilmu,masa & tenaga sebanyak mungkin untuk kebajikan ummah.
  • Memberi kefahaman yang mantap tentang Tauhid Islamiyyah kepada masyarakat melalui perubatan Islam.
  • Mengukuhkan integriti institusi perubatan alternatif sebagai entiti yang penting kepada masyarakat.
  • Mendekatkan diri & masyarakat kepada Allah swt.
  • Memertabatkan ilmu perubatan Islam di Malaysia.



PENGENALAN : PENYAKIT MISTIK / MISTERI
 
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
“ Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani. ”

Sihir Dalam Sejarah Masyarakat Dahulu

Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Osiris" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir :

“ Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai. ”

Kisah Sihir Dalam Quran

  • Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.
  • Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
  • Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
  • Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.

Kedudukan Sihir Dalam Islam

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.  Mazhab Sunni melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. 


Sihir Di Alam Melayu
Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
  1. Melindung diri
·  Kebal
·  Perubatan
  1. Mendapatkan kelebihan
·  Kesaktian
·  Pengasih
·  Perapun
·  Gagah
·  Perangsang
·  Penderas
·  Pukau
  1. Mengawal/Memusnahkan musuh
·  Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi       
   tangas untuk menundukkan suami.
·  Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan 
   alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk        
   menyakiti orang dan boleh membawa maut.
·  Pelalai
·  Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau mengubati luka.
  1. Meramal masa hadapan
  2. Alimun

Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-
  1. Saka - Menggunakan jin/syaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
  2. Azimat
  3. Menggunakan mentera, jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.
Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-
  1. Menggunakan ayat-ayat suci
  2. Menggunakan anugerah kuasa dalaman atau tenaga batin
  3. Menggunakan bantuan makhluk halus lain.
Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-
  1. Pawang
  2. Dukun
  3. Bomoh
  4. Orang Alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.
Sumber Dari : Wikipedia Bahasa Melayu.